Takdir Allah itu keajaiban
Ia datang tanpa dijangka
Ia hadir tanpa diduga
Sesuatu yang didambakan akhirnya tiba
Kadang ia bawa kegembiraan
Kadang hadir juga kesedihan
Tapi yakinlah segala perancangan Allah.
Semoga apa yg berlaku ada pengakhiran yang baik
Kita manusia tidak akan tahu
Jangan pernah berhenti berdoa
Kerana Allah mahu menduga
Sejauh mana kita akan berusaha
Sejauh mana kita akan meminta padaNya.
Serahkan jiwa dan raga padaNya
Hanya Dia yang tahu apa yang terbaik utk hambaNya
Jangan ragu
Jangan khuatir
Sesungguhnya Dia yang Maha Mengetahui.
PadaMu aku berserah ya Allah.
No comments:
Post a Comment