Disebabkan Sabtu lepas saya baru attend dinner alumni dinner accounting students UUM, saya nak cerita sket lah masa saya study kat sana.
A: Uni mana dulu? Course apa?
Me: Accounting UUM.
A: Ooo UUM jugak. Sama lah. Tapi kenapa x kenal eh dulu. Walhal sama je batch and course.
Atau
A: Nama apa ye?
Me: Hanis.
A: Ooo Hanis. Tapi macam x biasa tengok walaupun sama batch and course.
I get this a lot ok. A LOT. Masa kat UUM saya memang x campur orang sangat. Daripada matrik sampailah degree. Maybe it's my nature yang sangat pemalu (often interpreted as sombong) and reserved, yang buatkan saya sangat susah nak buat kawan baru. Plus the fact that i was in all-girls school dari sekolah rendah sampailah menengah, made me extra shy and uncomfortable bila akhirnya masuk matrik and degree yang kena campur dengan guys. Dengan perempuan pon malu apatah lagi lelaki. Sejujurnya saya memang x ramai kawan lelaki. Nak bercakap dengan lelaki tu dah macam kena kawen paksa. Oklah tu exaggerate sikit, Point is, saya memang susah nak buat kawan baru. Tapi saya ada bf lah. Kang ingat saya x normal pulak kan x suka lelaki. Hahaha... I still like boys but i'm just shy like dat. Disebabkan faktor2 tulah saya lebih selesa lepak kat bilik je malam2 or time xde class. Room mate saya boleh verify benda ni. No dispute rasanya.
Oklah ada 1 lagi fact yang kalau x disclose kang orang kata x jujur pulak kan. Saya drive kereta masa kat U. Ada rezeki sikit papamama bagi bawak kereta. Mula2 Proton Saga silver NAF 25 kalau x silap. Lepas tu Proton Iswara merah NAN 2525. So, kalau ada break in between classes, instead of lepak library or tempat2 yang biasa students lepak sementara tunggu next class, saya akan balik bilik dan tido. Mana nak jumpa orang kalau asyik tido je kan. Saya memang kuat tido. Mana taknya, malam2 jadi burung hantu. Saya jenis tido lewat. Kalau time nak exam lagi teruk. Saya akan start study lepas isyak sampailah subuh. Lepas subuh baru saya tido smpai tghri. Bangun2 terus lunch. Teruk tul perangai kan? Hahaha... Mungkin sebab saya ada kereta ni yang ramai segan dengan saya kut. Kononnya saya ni anak orang have2. Walhal saya ni biasa2 aje. So, lekatlah reputasi saya sebagai anak orang have2 yang sombong. Tapi to be fair, bukanlah semua orang ingat saya macam tu. Ramai je yang kenal saya ni mcamana orangnya.
And menambahkan lagi kenapa saya kurang campur orang ialah saya dah ada bf masa kat U tapi bukan student UUM. Dia study kat tempat lain tapi dekat2 UUM jugak. So, kalau weekend memang saya akan keluar jumpa dia. Banyak jugaklah hati mamat2 UUM yang terpaksa saya patahkan sebab x dapat membalas cinta mereka. Hahaha... Mana nak layan oarang lain kalau hati dah cintan cintun dengan pakwe kan. Tapi kan saya nk buat confession ni, jeng jeng jeng. Walaupun, dah ada bf masa tu, saya ada minat gila kat sorang brader ROTU ni. Saya siap cakap dengan member, kalau brader ni minat saya balik memang saya akan dump bf saya tu, Gila kentang minah ni minat brader tu 😁. Pendek cerita, itu hanyalah angan2 sahaja. Ia berakhir tanpa ada satu permulaan.
Kesimpulannya, saya memang x ramai kawan masa kat UUM. Jadi, baru2 ni masa ada member ajak pegi dinner alumni accounting students UUM, saya agak ragu2 nak join. I'm sure ramai yang x kenal saya tapi i decided to belasah aje. I need to get out of my cacoon and link up with friends. Networking needs to be done and it can come handy in my line of work. When i told a few friends that i'm attending an alumni dinner, they were shocked. They said, that is so not Hanis. "Are u ok, Hanis?". That bad kan reputation saya when it comes to socializing. Hahaha... Well, akhirnya saya yang sangat terkenal dengan someone yang rarely socialize ni setuju join dinner last Saturday 17 November 2018. I was feeling rather awkward the entire night but it was not that bad. I survived!
Banyak lagi cerita2 kat UUM ni. Ni kira intro je dulu. To be continued bila saya ada masa ye.
Meh saya belanja sket pics masa dinner last Saturday.
 |
Tema dinner black&gold. Outfit saya sangat x menepati tema. Belasah jelah apa yang ada. |
 |
Fauzan, classmate matrik 1.17/2.17 yang dah lebih 20 tahun x jumpa |
 |
This is Azlin. Dialah yang berjaya ajak and persuade me to join this dinner. Tq klin. |
 |
Nilah Haniza, roommate saya masa degree kat Blok G, Kolej EON, UUM Sintok |
 |
Dari kiri Anita, Mazura, Fauzan, Haniza n me. Yang berdiri tu xde kaitan. Dia enterframe je tu. Tq adik server. |
 |
Gegurls meja 2 |
 |
Gegurls batch kami yang sempat hadir |
 |
Batch kami yang paling ramai attend. 4 meja. 40 orang. Hampa memang sempoi! |
 |
Bersama pensyarah2 perakaunan yang pernah mengajar kami suatu masa dahulu. Terima kasih atas jasa Dr dan Prof. |
 |
Konsultasi bersama pelanggan. Hahaha... |
No comments:
Post a Comment