Wednesday, 7 November 2018

Mencari redha Allah

Remember my earlier post about suratan atau kebetulan and how i believe that there is no coincidences in life? Apa sahaja yang terjadi dalam hidup kita adalah perancangan Allah. Begitu juga Allah yang jentikkan perasaan kita untuk bertemu sahabat kita.


Ahad lepas, saya berpeluang untuk bertemu sahabat lama saya, kawan masa di TKC. Dah plan nak jumpa lama jugak tapi asyik bertangguh je. Alhamdulillah ahad lepas, Allah izinkan saya bertemu dia. MasyaAllah, pertemuan kali ini adalah lain daripada yang lain. Saya terpegun dengan cerita perjalanan beliau mencari keredhaan Allah. Dunia ini sementara katanya, yang perlu kita kejar adalah akhirat dan bukannya dunia ini lagi. Umur kami dah makin menghampiri separuh abad, bukannya masanya lagi kami terus lalai dengan hal2 duniawi. Insaf saya mendengar perubahan yang kawan saya telah lalui untuk memperbaiki diri. Inilah nikmat Allah yang besar bagi saya. Saya dipertemukan dengan sahabat saya ini kerana Allah inginkan saya juga berubah ke jalanNya. Mendekatkan diri kepadaNya. Untuk lebih mengenali dan mendekati Al-Quran serta bersandar sepenuhnya kepada mukjizat Allah ini. Terlalu jauh lagi perjalanan saya.


Ni sahabat saya Sherina Nordin. Tq Sher for all the advices and sharing.

Sahabat saya juga mengingatkan agar kita sentiasa memperbaiki hubungan dengan kedua ibu bapa kita. Mereka adalah sumber rezeki dan ladang pahala kita. Redha ibu bapa adalah sangat besar hikmahnya. Bila hidup kita mula rasa resah dan fikiran celaru, cuba fikirkan balik kalau2 ada dosa kita kepada kedua ibu bapa. Kalau ada, segeralah mohon ampun daripada mereka. InsyaAllah lepas tu hidup kita pasti kembali tenang. Begitulah besarnya darjat ibu bapa kita di sisi Allah. Hanis minta ampun ye Papa, Mama. Terlalu banyak dosa Hanis pd Papa dan Mama. Syukur Allah panjangkan usia Papa Mama dan bagi peluang untuk Hanis berbakti di hujung2 usia Papa Mama.

Syurgaku. Tiada galang ganti.

Terlalu banyak yang perlu saya perbaiki diri saya. I have to start somewhere. Doakan saya menemui jalan yang menuju redhaNya. Aamiiin.


A gift from Sher untuk dijadikan amalan selepas solat fardhu.

No comments:

Post a Comment

Infinity

Regardless of what happens next The time that we've spent together Are the happiest memories i could ever ask for I love you Not onl...