Monday, 26 November 2018

16 and counting

23rd November 2018


She's officially 16 today! 


She has grown up to be a fine girl. She has the purest of heart and the simplest mind. She put others’ needs ahead of hers. She finds joy in the smallest thing. She has a soft heart for the elders and the needy. She has gone thru many phases; from Barbie to Monster High to One Direction and the her latest craze, BTS. She is indeed a hardcore BTS Army. She loves her cats. She loves children esp all her lil cousins. She loves music. Of coz sometimes she sulks and rebels, she is a teenager after all. But above all that she is indeed a blessing. A gift from Allah. 

Tahun depan dah nak SPM, tahun lagi satu tu dah nak sambung belajar. Tinggallah mama sorang2 kat rumah. Huhuhu... Dilanda empty nest syndrome lah mama lepas ni. Hihihi...

Nway, sabtu lepas 24/11/18 buatlah a small birthday do untuk thira kat rumah maksu dia. Seronoklah semua sbb dah lama x gather2 family D'Hanan's. 

Stay just the way u r ok girl! Only change for the better. Dun ever let the cruel world define who u r. Just be yourself and always remember Allah.


Mama sayang thira hingga hujung nyawa!

With atuk n wa

Potong jangan tak potong

One for the camera

My bff

Tengok apo tu?

Sayang dia!

Us the 3 generations

Thira with cousins minus Aqlan. From left: Shafiq, birthday girl, Lala, Adek n Ashman

The delicious rose pistachio cake


Thursday, 22 November 2018

I am who i am

I am who i am
I am not who you want me to be 
I am who i am
Accept me if u want
I am who i am
This is how i act
This is how i think
This is how i feel
Do not try to change who i am
Because i am who i am. 

Sometimes life is cruel
Sometimes life is challenging
Sometimes life is testing
How i wish things were different
How i wish things were less complicated
How i wish things were a lot simpler. 

Are there still hopes?
Are there still opportunities?
Are there still chances?
For me to be happy
For me to be satisfied
For me to be content.
Sure!
It’s all in the head
It’s all in the mind
It’s all in the heart. 

#iamwhoiam #242



Running against the setting sun




Wednesday, 21 November 2018

Fight till u drop

We are whom we choose to be
Don't let others define us
Others may shape us, mold us but they don't need to define us.
Life is our playground
No manual, no guidelines, nothing!
What we have is just who we are
All in blood and flesh.
We are built to our own capacity
Just like vehicles and machineries
To withstand any obstacles and tests.
Sometimes we tripped and got hurt
Get up and brush up
Chin up and move on
Because fight we must!
Never give up, never quiver
Optimize all the power and energy within us
Fight like a champion
Fight till we are satisfied and content.
March forward without fear
Because fight we must!
And just like vehicles and machineries
We will wither over time.
But wither not without putting up a fight
At least we can say we have tried
At least we didn't give in
At least we didn't fall apart.
Yes sometimes we feel hopeless and weak
We are merely humans indeed.
But fight we must!
Come the strongest storm, hurricane or tornado
We can withstand them all
Bend if we must but never break.
But fight we must!







Monday, 19 November 2018

Hidup bukan sekadar A

Penulisan ni pernah saya post di FB saya pada 18 Nov 2016. What i wrote is actually a reminder for myself to not expect too much of my daughter, Thira. Since she'll be sitting for SPM next year, i think it's apt that i share this again, this time in my blog. To those who happen to read it, hope it helps u to see more light in your children's journey to adulthood. Let them enjoy their childhood. You were once a child so u shud understand how it's like to be a child. Let kids be kids.



Kronologi pembelajaran sy dr djh 5 hingga sy dpt kerja sy skrg. Byk pengalaman pahit manis sepjg tempoh tersebut.



1984: Peperiksaan darjah 5 - 5A (kedudukan ke 4 dalam seluruh N9. It was quite a surprise coz i was always an average student). 
1986: Masuk ke TKC (masa ni SBP xperlu mohon. If u really excelled, u will be offered a place). 
1988: SRP - 8A1 (student underdog sbb seldom dpt top 10 dlm kelas. Cuma sekali dua je kot spjg F1-F3. So sume org mmg surprised trmasuk diri sendiri). 
1989: Pilih aliran pure science. (Xnk dgr nasihat parents suruh masuk social science. Kononnya, students yg dpt 8A1 kena lah amik pure science. Bodoh sombong masa ni). 
1990: SPM aggregate 16 (science subject hancus kecuali biologi. Itulah ketulahan xnak dgr cakap mak bapak. Plus banyak main jugak. Dalam kelas cikgu mengajar kita gelak ntah apa2 kat belakang). 
1991: Masuk matrik UUM, Sintok. (Culture shock sbb UUM sgtlah gondol masa ni. Pioneer matrik dalam kampus UUM. Entah macamana study masa matrik ni menonjol pulak result.)
1992: Dapat masuk kelas express dgn CGPA 3.88.
1992 (December): Masuk degree awal satu semester drp kawan2 yg lain. Course accounting. (Masa ni kalau masuk intake Dec akan sekali dengan budak2 from STPM and lepasan Diploma.)
1996: Habis degree dgn 2nd class lower. (Padan muka. Sibuk sgt bercinta masa ni. Hahaha)


Saya penah jadi auditor. Saya penah mengganggur seketika. Saya penah jd guru sandaran tak terlatih. Saya penah memohon jadi guru n hampir jadi guru tp sy dpt offer PTD pd hari keempat sy menjalani kursus orientasi utk KPLI. Sekarang saya adalah seorang PTD. Ok... apa yg kita dapat belajar drp kronologi pembelajaran saya?




Pertama:

Walaupun sy score high utk Penilaian Darjah 5 n SRP tapi SPM sy gagal dapat keputusan yg cemerlang. Ada kawan sy yg x berapa cemerlang semasa sekolah rendah dan menengah rendah tapi SPM dia score jauh lebih baik drp sy. Ini bermakna, keputusan peperiksaan di peringkat sekolah rendah mahupun menengah rendah tidak menjejaskan keputusan peperiksaan SPM. Yg penting usaha tanpa putus asa.

Kedua:

Sekolah bukanlah penentu kejayaan seseorg. Bukan bermakna bersekolah di sekolah harian tidak boleh berjaya dan sebaliknya kalau bersekolah di sekolah berasrama akan terjamin kejayaan seseorg. Yg penting effort dan kesungguhan individu itu sendiri. Sekolah yg bagus itu hanyalah sebagai medium dan pemangkin dan bukan penentu kejayaan. Ini juga antara kata2 perangsang yang saya berikan kepada Thira. Since dia xnak ke boarding school, saya suruh dia buktikan dia juga boleh berjaya dengan cemerlang di sekolah harian biasa. So far sehingga PT3, Thira masih tidak mengecewakan. Alhamdulillah.

Ketiga:

Ambillah aliran mengikut kemampuan diri. Jangan terikut2 dengan trend atau desakan persekitaran dan org2 di sekeliling. X semua org mempunyai kebolehan dan kepintaran yg sama. Jadi ukurlah baju di badan sendiri. Ibu bapa fahami kehendak anak. Jangan minta anak ikut kehendak kita.

Keempat:

Masa depan kita bukan terletak sepenuhnya pada helaian kertas yg menyatakan keputusan peperiksaan kita. Sebaliknya, usaha dan keazaman yang menentukan arah tuju hidup kita. Selain itu, doa dan tawakal kpd Allah amatlah penting.

Kelima:

Rezeki datang daripada Allah. Jika kita rajin berusaha insyaAllah Allah akan bantu dalam bentuk yg tidak kita sangka. Mungkin cita2 kita dan kerjaya yg kita dapat x sama tp mungkin itu yg telah Allah tetapkan dan yg terbaik utk kita. Mcm sy bercita2 dr kecik nak jd accountant (x penah sekali pun sy tukar cita2 sy) tapi akhirnya sy jd PTD. Mungkin itu adalah takdir hidup sy dan itu adalah yg trbaik. Jangan sekali2 putus asa dan mengalah. Allah is the best planner and He knows best! InsyaAllah.


Mendidik anak jd pandai ni x susah. Tp utk mendidik anak jd manusia yg berakhlak dan berperibadi mulia tu yg lebih besar cabarannya. Anak2 ni kena balanced kedua2nya. Pandai tanpa akhlak yg baik adalah ibarat rumah yg indah tapi dalamnya kosong. Tidak berseri. Yg penting ibu bapa sekalian, didiklah anak2 jdi insan dan manusia yg berguna kepada agama dan ibu bapa. N ofcoz seterusnya kpd bangsa dan negara.


Thira-UPSR 2014 SK King George V

Thira-PT3 2017 SMK King George V

Hope to inspire Thira to excell better than me.

Modal untuk balik bertugas d Negeri Sembilan. Hehehe

Me-Masters Degree in Land Resource Management UPM
The hassle is worth the tassle!

Saya budak UUM Sintok Part 1


Disebabkan Sabtu lepas saya baru attend dinner alumni dinner accounting students UUM, saya nak cerita sket lah masa saya study kat sana.

A: Uni mana dulu? Course apa?
Me:  Accounting UUM.
A: Ooo UUM jugak. Sama lah. Tapi kenapa x kenal eh dulu. Walhal sama je batch and course.


Atau


A: Nama apa ye?
Me: Hanis.
A: Ooo Hanis. Tapi macam x biasa tengok walaupun sama batch and course.


I get this a lot ok. A LOT. Masa kat UUM saya memang x campur orang sangat. Daripada matrik sampailah degree. Maybe it's my nature yang sangat pemalu (often interpreted as sombong) and reserved, yang buatkan saya sangat susah nak buat kawan baru. Plus the fact that i was in all-girls school dari sekolah rendah sampailah menengah, made me extra shy and uncomfortable bila akhirnya masuk matrik and degree yang kena campur dengan guys. Dengan perempuan pon malu apatah lagi lelaki. Sejujurnya saya memang x ramai kawan lelaki. Nak bercakap dengan lelaki tu dah macam kena kawen paksa. Oklah tu exaggerate sikit, Point is, saya memang susah nak buat kawan baru. Tapi saya ada bf lah. Kang ingat saya x normal pulak kan x suka lelaki. Hahaha... I still like boys but i'm just shy like dat. Disebabkan faktor2 tulah saya lebih selesa lepak kat bilik je malam2 or time xde class. Room mate saya boleh verify benda ni. No dispute rasanya. 

Oklah ada 1 lagi fact yang kalau x disclose kang orang kata x jujur pulak kan. Saya drive kereta masa kat U. Ada rezeki sikit papamama bagi bawak kereta. Mula2 Proton Saga silver NAF 25 kalau x silap. Lepas tu Proton Iswara merah NAN 2525. So, kalau ada break in between classes, instead of lepak library or tempat2 yang biasa students lepak sementara tunggu next class, saya akan balik bilik dan tido. Mana nak jumpa orang kalau asyik tido je kan. Saya memang kuat tido. Mana taknya, malam2 jadi burung hantu. Saya jenis tido lewat. Kalau time nak exam lagi teruk. Saya akan start study lepas isyak sampailah subuh. Lepas subuh baru saya tido smpai tghri. Bangun2 terus lunch. Teruk tul perangai kan? Hahaha... Mungkin sebab saya ada kereta ni yang ramai segan dengan saya kut. Kononnya saya ni anak orang have2. Walhal saya ni biasa2 aje. So, lekatlah reputasi saya sebagai anak orang have2 yang sombong. Tapi to be fair, bukanlah semua orang ingat saya macam tu. Ramai je yang kenal saya ni mcamana orangnya.

And menambahkan lagi kenapa saya kurang campur orang ialah saya dah ada bf masa kat U tapi bukan student UUM. Dia study kat tempat lain tapi dekat2 UUM jugak. So, kalau weekend memang saya akan keluar jumpa dia. Banyak jugaklah hati mamat2 UUM yang terpaksa saya patahkan sebab x dapat membalas cinta mereka. Hahaha... Mana nak layan oarang lain kalau hati dah cintan cintun dengan pakwe kan. Tapi kan saya nk buat confession ni, jeng jeng jeng. Walaupun, dah ada bf masa tu, saya ada minat gila kat sorang brader ROTU ni. Saya siap cakap dengan member, kalau brader ni minat saya balik memang saya akan dump bf saya tu, Gila kentang minah ni minat brader tu 😁. Pendek cerita, itu hanyalah angan2 sahaja. Ia berakhir tanpa ada satu permulaan.  

Kesimpulannya, saya memang x ramai kawan masa kat UUM. Jadi, baru2 ni masa ada member ajak pegi dinner alumni accounting students UUM, saya agak ragu2 nak join. I'm sure ramai yang x kenal saya tapi i decided to belasah aje. I need to get out of my cacoon and link up with friends. Networking needs to be done and it can come handy in my line of work. When i told a few friends that i'm attending an alumni dinner, they were shocked. They said, that is so not Hanis. "Are u ok, Hanis?". That bad kan reputation saya when it comes to socializing. Hahaha... Well, akhirnya saya yang sangat terkenal dengan someone yang rarely socialize ni setuju join dinner last Saturday 17 November 2018. I was feeling rather awkward the entire night but it was not that bad. I survived! 

Banyak lagi cerita2 kat UUM ni. Ni kira intro je dulu. To be continued bila saya ada masa ye. 

Meh saya belanja sket pics masa dinner last Saturday.



Tema dinner black&gold. Outfit saya sangat x menepati tema. Belasah jelah apa yang ada.

Fauzan, classmate matrik 1.17/2.17 yang dah lebih 20 tahun x jumpa

This is Azlin. Dialah yang berjaya ajak and persuade me to join this dinner. Tq klin.

Nilah Haniza, roommate saya masa degree kat Blok G, Kolej EON, UUM Sintok

Dari kiri Anita, Mazura, Fauzan, Haniza n me. Yang berdiri tu xde kaitan. Dia enterframe je tu. Tq adik server. 

Gegurls meja 2

Gegurls batch kami yang sempat hadir

Batch kami yang paling ramai attend. 4 meja. 40 orang. Hampa memang sempoi!

Bersama pensyarah2 perakaunan yang pernah mengajar kami suatu masa dahulu. Terima kasih atas jasa Dr dan Prof.

Konsultasi bersama pelanggan. Hahaha...


















Thursday, 8 November 2018

Mr Coffee


You are my survival juice
You are my daily caffeine dose
Without you I feel all grumpy and restless
Without you I feel anxious and careless.

You gave me the boost that I needed
You added joy to my life
I am in love with you Mr Coffee
And I love you in any way you are served.

Truly, madly, deeply.

Your Hanis


N i will always be. 

Just because i love u!

U r always there to keep me company, Mr Coffee!

A different kind of coffee experience.

Simple yet fulfilling.

One of the best coffee i've ever tasted. Flat white at Cookies&Coffee.

Even in Penang, u keep me company 💕.


Wednesday, 7 November 2018

Mencari redha Allah

Remember my earlier post about suratan atau kebetulan and how i believe that there is no coincidences in life? Apa sahaja yang terjadi dalam hidup kita adalah perancangan Allah. Begitu juga Allah yang jentikkan perasaan kita untuk bertemu sahabat kita.


Ahad lepas, saya berpeluang untuk bertemu sahabat lama saya, kawan masa di TKC. Dah plan nak jumpa lama jugak tapi asyik bertangguh je. Alhamdulillah ahad lepas, Allah izinkan saya bertemu dia. MasyaAllah, pertemuan kali ini adalah lain daripada yang lain. Saya terpegun dengan cerita perjalanan beliau mencari keredhaan Allah. Dunia ini sementara katanya, yang perlu kita kejar adalah akhirat dan bukannya dunia ini lagi. Umur kami dah makin menghampiri separuh abad, bukannya masanya lagi kami terus lalai dengan hal2 duniawi. Insaf saya mendengar perubahan yang kawan saya telah lalui untuk memperbaiki diri. Inilah nikmat Allah yang besar bagi saya. Saya dipertemukan dengan sahabat saya ini kerana Allah inginkan saya juga berubah ke jalanNya. Mendekatkan diri kepadaNya. Untuk lebih mengenali dan mendekati Al-Quran serta bersandar sepenuhnya kepada mukjizat Allah ini. Terlalu jauh lagi perjalanan saya.


Ni sahabat saya Sherina Nordin. Tq Sher for all the advices and sharing.

Sahabat saya juga mengingatkan agar kita sentiasa memperbaiki hubungan dengan kedua ibu bapa kita. Mereka adalah sumber rezeki dan ladang pahala kita. Redha ibu bapa adalah sangat besar hikmahnya. Bila hidup kita mula rasa resah dan fikiran celaru, cuba fikirkan balik kalau2 ada dosa kita kepada kedua ibu bapa. Kalau ada, segeralah mohon ampun daripada mereka. InsyaAllah lepas tu hidup kita pasti kembali tenang. Begitulah besarnya darjat ibu bapa kita di sisi Allah. Hanis minta ampun ye Papa, Mama. Terlalu banyak dosa Hanis pd Papa dan Mama. Syukur Allah panjangkan usia Papa Mama dan bagi peluang untuk Hanis berbakti di hujung2 usia Papa Mama.

Syurgaku. Tiada galang ganti.

Terlalu banyak yang perlu saya perbaiki diri saya. I have to start somewhere. Doakan saya menemui jalan yang menuju redhaNya. Aamiiin.


A gift from Sher untuk dijadikan amalan selepas solat fardhu.

Pemberian atau gift

Last year, today, i received an orchid plant from someone. Happy gila kut dapat a gift from a Secret Admirer. Walaupun sampai sekarang the sender remain anonymous, i'm still happy he sent it to me. For whatever reason he sent it (sy suspect untuk graduation sbb sy br lepas convo masa tu), i feel that he just wants me to be happy. So, i'm praying that he is happy wherever he may be. Thank you Mr SA for making me happy!


U made my heart flutter. Tq Mr SA!
I come to the conclusion and i truly believe that making someone esp those close to u happy is also a form of sedekah. Sebab tu baru2 ni saya come up dengan idea HappyBox 💖. HappyBox ni can be given on any occasion and contains apa2 je barang yang saya rasa akan buat orang happy. All those cute things that can make u smile. Barang2 tu x semestinya mahal pon coz to me konsep HappyBox ni lebih kepada the thoughts bukan the value of the gift. 


Ni antara contoh content HappyBox. Simple tapi nice kan? Happy x kalau dapat? 😉

Barang-barang yang bakal masuk HappyBox. 
Tadaaa! Siap 4 HappyBox.


It started dengan a HappyBox for my dearest niece, Sofea Hanna on her 10th birthday. She likes the box so much. Lepas tu terus dapat idea buat untuk kawan2 pulak. N true enough the 2 friends that i have given the box to, seem to be very happy with their HappyBox. So, my HappyBox project will continue n hope to make more people happy. Last Monday, since i was on leave, so pegilah cari barang2 untuk my HappyBox project. Alhamdulillah dah siapkan 4 HappyBox yang bakal menemui pemiliknya x lama lagi. Semoga penerimanya akan happy and it will make me double happy. N tiba2 jugak datang idea untuk suruh thira venture into this biz lepas dia SPM next year (or maybe mama dia sendiri boleh start biz ni sendiri. Hehehe). Ada prospect biz ni. Kadang2 bukan xboleh buat sendiri tapi xde masa nak carik gift. Betul x? So, we all can provide the service. N u all ada options nak pilih size n price kotak. Cth: RM30 utk small box, RM50 utk medium box n RM75 or more utk large box. Hmmm menarik ni. I will seriously consider this. 😅


Penerima HappyBox 1

Penerima HappyBox 2


Thursday, 1 November 2018

Suratan atau kebetulan?

Assalamualaikum...



Dah November dah. Cepatnya masa berlalu.



Suratan atau kebetulan? Pernah tak terfikir, sesuatu perkara yang berlaku kepada kita adakah ia berlaku secara kebetulan ataupun memang suratan atau takdir. 


My take on this, tiada apa yang berlaku adalah kebetulan semata2. Contohnya, kita tertinggal handphone kat rumah and terpaksa patah balik and akhirnya lambat pergi kerja. Mungkin kita rasa benda tu jadi sebab kita careless and of coz kita jadi marah. Tapi di sebalik tu, memang ada hikmah or sebab kenapa Allah takdirkan perkara tu berlaku. Benda2 macam ni kadang2 kita xkan tau pon sebab apa ia berlaku. Kita cuma kena percaya je.

Sama jugak dengan orang2 yang kita jumpa. Ada sebab Allah takdirkan kita jumpa kawan kita on that particular day and time. Kita xkan terjumpa sesape tanpa keizinan Allah. Kalau Allah x izinkan, macamana kita plan nak jumpa pon mesti xkan jadi punya. 

This week, i got a chance to meet up dengan old friends from uni and also a few other close friends. Kawan2 matrik UUM yang saya jumpa tu memang bertahun x jumpa. Lepas je saya masuk kelas ekspress matrik (ter'pandai' sket pulak masa matrik. Hahaha), memang x jumpa dah. So, dah lebih 25 tahun. Timing jumpa tu memang sangat cantik sebab banyak benda yang jadi ikut aturan lepas tu. Xtau macamana nak explain tapi pendek cerita semuanya positif. One event leads to another. Macamana a tiny spark can create fire macam tulah dalam real life. Satu kejadian yang kecik boleh lead kepada satu perkara yang lain yang mempunyai impak yang lebih besar.

Kesimpulannya, saya belajar untuk tak take for granted setiap kejadian yang berlaku dalam hidup saya. Walau sekecil mana pon perkara tu, saya tau ia berlaku dengan izin Allah dan ada sebab kenapa ia berlaku. Saya hanya perlu yakin dengan kebesaran Allah. 

Ya Allah... Kepadamu aku berserah!


Mereka ni geng sama kelas matrik 1.17/2.17  UUM, Sintok.
Dr. kiri: Cikgu Mat Jan, saya, Cikgu Mun dan Aca
Ni Ila, salah sorang geng kamceng masa matrik. Jumpa kejap kat Thistle PD.
My alma mater sisters. Once a TKCian always a TKCian






Infinity

Regardless of what happens next The time that we've spent together Are the happiest memories i could ever ask for I love you Not onl...